Fazril Raqib’s 3rd Birthday

Posted: June 2, 2016 in Fazril MyBaby

Tahun ni mama & daddy celebrate birthday adik kat rumah nenek. Kat pahang. sebab nak celebrate sama2 dengan sepupu adik, Darwisy Danial. Umur beza setahun, tapi lahir bulan yang sama. Adik 18 May, Awisy 8 May. so kita celebrate sama2 tahun ni.

13076923_10153776186058198_4578736966582519693_n

Tahun ni mama buat besar2 sikit sebab jemputan bukan mcm kat KL, kene RSVP boleh tau berapa ramai tetamu yg akan hadir. kali ni buat kat kampung nenek, tetamu tak dapat nak dijangka, kalau ikutkan kawan2 sekolah tadika Awisy cuma 16 orang, tapi mesti diorang akan datang bawak adik beradik, tak tau berapa orang. Anak cucu jiran lagi. so memang betul2 tak dapat nak jangka berapa orang yang akan hadir, jadi mama buat keputusan untuk masak makanan untuk 100 orang. Goodies 100 bag, dan semua benda pun prepare untuk 100 lah just in case, kalau tak cukup nanti malu pulak. kalau lebih takpe 🙂

semua benda mama design sendiri, cilok2, google2, bedal2 ape yg ada je. So mama design kad jemputan utk bagi kat kawan2 skolah Awisy, dan softcopy nye untuk jemput2 kat whatsapp je :p

backdrop pun design sendiri, lepas tu hantar printing je. goodiebag pun mama design, hantar printing, sticker, photoprops semua hantar printing je.

12036488_1025384124165741_8021759518584511047_n

untuk candy buffet yang tak berapa nak buffet sangat, mama harapkan ucu, teh & kawan2 tolong buatkan. ucu buatkan meehoon sup, buah cucuk. pagi2 ucu dah bangun  masak dengan geng2 ucu.

13241250_1025384030832417_55475280259548098_n.jpg

chocolate fountation ni mama sewa kat area ofis mama. sewa RM50 untuk 3 hari. So tetamu kita celup2 buah, biskut & marshmellow kat coklat tu. Mama pun sempat jugak la mencelup. Coklat tu sekilo RM26, tapi bukan cooking choc biasa sebab orang kedai sewa choc fountain tu cakap tak boleh guna choc cooking yg beli kat kedai2 buat kek tu sebab tak sama & mesin choc boleh rosak. So, kite layankan je dia, beli jelah choc dengan dia, tak tau ape brand. tapi mmg pekat sangat.

13177626_10153776185478198_2558036428198826845_n

kek ni mama tempah kat Nurul’s Cake House kat kampung daddy. kat situ ade satu kedai je yang buat kek sedap. Kali ni mama request yang bukan2 la… nak jalanraya la. nak robocar team atas kek la, dikaki gunung la. nak belon2 kat kek la. Lalu baker yang penuh kesabaran tu berjaya siapkan kek adik, kemas, menepati kehendak dan sedap!

13174117_10153776191563198_3014871460256555342_n

mama buat surprise untuk adik. Adik happy gile tengok kawan adik datang. Poli datang!!! Poli datang!!! Mama tak kan lupa riak wajah adik hari tu. Adik tak nak lepaskan poli, nak berkepit je.

13221465_10153776189938198_991285294084748399_n

peluk poli tak kasi poli balik. kalau ada Roy, Heli & Amber pun mama akan suruh datang jugak sebab mama tau adik akan happy, akan ingat dan hargai. Satu perangai adik, adik jenis akan ingat sesuatu perkara tu dan asyik sebut je benda tu. kalau ada orang bagi barang, dan adik suka sangat barang tu, adik akan sebut je benda tu sape bagi. Orang yang bagi pun happy sebab rasa dihargai. Mama pun macam tu, mama rasa seronok bila adik tunjuk penghargaan pada setiap pemberian mama. mama tak boleh lupa bila adik sebut ‘tak boleh la, ni adam punye, ni mama beli untuk anak mama’ 🙂

13241418_10153776192288198_8209330297276380405_n

satu lagi surprise, maktok, tokwan & pak usu pun datang dari KL join birthday party Adik. Sampai hari ni, dah masuk bulan June pun, adik masih lagi bercerita, Robocarpoli datang birthday party dia.

13254107_10153776187143198_7516000443879913944_n

Terima kasih semua yang susah payah masak dari pagi walaupun penat semalamnya kenduri kawen, lepastu sambung pulak kenduri adik ni. kenduri la jugak sebab ucu kena panggil satu team pro chef tolong masak dan buat semua persiapan. mama cuma uruskan deco2 dan tempahan je.

2 hari lepas balik KL, mama keguguran, tapi mama sempat ambik gambo kite berlima.

13230359_10153783865148198_3998464414900487386_n

Jangan sedih, mama ok. nanti kalau ada rezeki lain kali, adik akan jadi Abang jugak ok Abang Adam? Adik2 Abang Adam tunggu kita kat syurga. Semoga kita sekeluarga disatukan semula kat sana nanti, Insya’allah… mama takde entry khas untuk cerita kehilangan 11 weeks old triplet baby kali ni sebab mama tak kan persoalkan apa2 pun yang Allah ambik dari mana sekarang sebab Allah dah bagi banyak kebahagiaan kat mama terutama selepas 10 tahun mama tunggu Adam lahir temankan teruskan hidup selama ni.

Advertisements
Comments
  1. Rini says:

    Salam… Awak jual custom made round sticker ke…boleh ctc sy 0176683316

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s