Family Trip : Port Dickson

Posted: November 3, 2016 in Gumbira Lagi Girang, Mayangsari Resort Suite & Hotel, Review And Advertorial

2016 hampir melabuhkan layar. Diam tak diam dah masuk November. Tahun ni Thethreef Family tak sempat nak bercuti kemana-mana sebab Mama baru nak merangkak siapkan product baru (belum direalisasikan lagi). Sibuk design sticker & props customer sampai barang sendiri punye design ketandusan idea. sibuk baru nak berjinak2 buat trading. Tahun ni keguguran lagi sekitar bulan May. berehat, berpantang. sibuk join booth sana sini pulak. so memang tak berpeluang nak bercuti pun. Tahun 2016 tahun kerja kuat.

Sedar tak sedar percutian percuma tahunan JO mayangsari dah nak expired. booking banyak tempat semua full hujung minggu dan public holiday. Tapi gigih nak guna jugak yang percuma berbaki 6 hari lagi tu, booking lah jugak Mayangsari PD 3 hari 2 malam. Ambik 2 apartment suite, bawak mak abah dan mertua. Saje pilih Mayangsari PD sebab situ je yang selesa, apartment besar, boleh masuk ramai2 sebab ruang tamu pun boleh bentang toto, tido atas sofa (kalau katil tak muat) hahaha… yang paling penting huge swimming pool dia, besar tak hengat!!!

umum

menurut google, sekitar tahun 2008-2011 ada viral kejap kisah2 seram mayangsari PD ni. mase kami beli apartment kat sini (join ownership) tahun 2014, mase tu memang susah sikit nak buat sale, sebab cerita2 mistik dari owner block sebelah (yang sekarang ni dah terbiar). Kisah block terbiar sebelah tu saya akan cerita next entry nanti sebab sekarang tengah excited nak tunjuk gambar beach ni. Makin meriah pantai PD sekarang.

kan takde duit nak bercuti kat maldives kan, so bercuti la kat PD. hampir semua pantai kami terjah. sampai sana hari pertama je terus pegi lepak pantai Teluk Kemang. memang dah susun jadual nak lunch kat sana sebaik saja sampai PD. tapi tak pegi beach sebab kami sampai jam 2pm panas terik, lepas lunch check in hotel, rehat kejap, dah redup sikit 5pm, terjun kolam.

14639730_10154203142848198_6578328654792711372_n

kami dapat apartment menghadap kolam, jadi nenek2 dan orang tua2 yang tak larat nak turun kolam tu boleh la tengok anak cucu terkinja2 berenang dari balcony je.

selain Mayangsari PD, ada lagi beberapa cawangan Mayangsari yang ada swimming pool best. Mayangsari Suite Mahkota melaka berkongsi swimming pool dengan Mahkota Hotel sebab kami ada Suite di Mahkota tu sendiri. So penginap Mayangsari mendapat kelebihan yang sama dengan penginap hotel lain. Paling best, Mayangsari Dungun di Terengganu. Disana ada pool villa. Penginap boleh berenang bebas sebab ada private pool sendiri. So takde masalah aurat dengan pengunjung lain, kita dan family kite je yang berkubang dalam kolam tu hahaha…

Dalam kesemua Suite/Hotel Mayangsari, fav saya masih PD. selain dari keseleasaan penginapan untuk sekeluarga, lengkap dengan kolam renang dewasa/kanak2. dekat dengan pantai saujana, pantai negeri, pantai teluk kemang. banyak restoran makanan laut sedap2. Percutian kami hanya makan, tidur dan berenang je selama 3 hari di PD.

Disebabkan kami menginap pada hari biasa Ahad-Selasa, keadaan hotel tenang. Selalunya hujung minggu banyak event, bilik penuh, dan ruang legar bersebelahan kolam renang penuh dengan acara BBQ. kolam pun penuh dengan macam2 acara Family Day. Kali ini, kolam ini milik kami sekeluarga sahaja, takde orang lain. Seronoknyaaaa…

Nak rekemen satu kedai makan ni nama dia Pecal Lele Ayam Penyet Tomyam & Seafood kat area Batu 4 Jalan Pantai, Port Dickson. kat sini ada Nasik Lemak sedap, Sate sedap, tomyam sedap, pecal lele ikan keli sedap, masakan seafood, tomyam semua sedap. Waktu siang customer makan dalam kedai, waktu malam diorang open table kat luar kedai, ada gerai2 jual sate, burger, dan beberapa gerai lagi. Kawasan luas, selesa, parking pun senang. Nak cari kedai pun senang, tepi jalan je boleh nampak. Kami sekeluarga kebulur malam tu, sebab penat swimming, anak2 semua kelaparan. kami order hampir semua jenis makanan kat kedai tu, saya sendiri makan nasi lemak berbungkus2 (maaf ye tank besar), kami 10 sekeluarga makan macam2 tak sampai pun RM100.

Esoknya kami habiskan masa di pantai, pagi2 pegi breakfast, lepas tu pegi Teluk Kemang nak main pasir feeling2 buat istana pasir kat maldives.

14907144_10154205974168198_4645172529216802814_n

lepas tu teringin pulak nak naik banana boat. Kami pun kautim2 harga dan dapat la sorang brother ni bagi harga RM15 satu kepala. Dia siap bagi jacket keselamatan untuk kanak2, ikat sekali dengan mak/bapak. Tapi dapat naik slow2 je sebab bawak budak. Dan banana boat tidak diterbalikkan atas sebab keselamatan kanak2.

14568063_10154205973738198_8744480741456534859_n.jpg

selepas puas main pasir, naik banana boat, dan bercanda dipasiran pantai sikit, kami pun cari port makan tengahari dan balik rehat. Sebab Nenek dah tak larat lama2 duduk tepi pantai bawah khemah, panas, kesian nenek. Oh ya khemah ni kami sewa RM30.

14590452_10154205975493198_612155525656361770_n.jpg

kat khemah ni sape yang ada baby, boleh la berteduh, cuaca memang panas, tapi tak berpeluh2 sebab angin pantai bertiup lembut gittew… boleh beli makanan, air kelapa, bawak lepak makan kat khemah. motor orang jual ice cream pun lalu lalang sentiasa.

lepas dah puas bagi anak2 main sampai kulit bertukar warna, nampak kuda pulak. dah dia nak naik kuda pusing keliling. ok kita layan.

oh btw, penginapan di hotel apartment 2 bilik Mayangsari PD selalunya saya jual dengan harga RM270 1 malam. Dan harga terbaik hujung minggu Jumaat,Sabtu, Ahad (3 hari 2 malam) ialah RM500 sahaja. Boleh masuk ramai-ramai. ada ruang nak tido kat hall jugak.

ruang-tamu

boleh alihkan coffee table, bentang toto. Enjoy!!!

Mayangsari Resort, Suite & Hotel

Jalan Pantai, Taman Port Dickson Utama, 71000 Port Dickson,

Negeri Sembilan, Malaysia

Booking : 019-6194787 Farah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s