Archive for the ‘Ade Aku Kesah?’ Category

Salam. Seperti yang saya janjikan, saya akan ceritakan tentang kisah2 misteri yang diviralkan oleh sape pun tak tau di google berkenaan hantu2 yang berkeliaran di Mayangsari Port Dickson. Hantu apa?

Takde sape pun tau hantu apa, sebab yang tukang sebarkan cerita di internet semua tulis yang kisah tu kawan kepada kawan dia yang alami, atau pakcik kepada jiran lama dia, atau ‘diri sendiri’ yang tulis tapi sumbernya tak tau dari mana, lalu kisah mistik mayangsari port dickson menjadi viral. Setakat ni belum ada tuan punya badan yang kena kacau dengan ‘hantu’ sendiri yang ceritakan kisah sebenar.

Dan kisah2 yang tersebar diinternet tu aktif sekitar tahun 2008-2011 ketika mayangsari sedang mula mendapat sambutan. ok tak nak cerita pasal orang dengki atau orang buat cerita ke apa, tapi nak cerita kisah2 kejatuhan mayangsari.

Dulu mayangsari ni pemilik asalnya seorang jutawan indonesia. Nama mayangsari ni dulu Grand Royal. sampai sekarang pun di Bandung Indonesia ada nama hotel tu. Dipendekkan cerita, saya pun tak dapat nak ceritakan masalah dalaman pengurusan ketika itu, sehinggalah Grand Royal di beri penjenamaan semula dan bertukar owner, maka kekalkan sehingga hari ini nama Mayangsari.

umum

Mayangsari Port Dickson

Bangunan yang berada dihujung kolam renang tu adalah bangunan lama. Bangunan tu sekarang ni dah tak beroperasi lagi. Bangunan tulah yang diviralkan berhantu dan terdapat pelbagai gangguan.

Kisahnya, salah satu cara pengurusan baru nak dapatkan dana untuk aktifkan hotel adalah dengan cara :

  1. Jual unit kepada orang yang berminat untuk menguruskan unit masing2.
  2. Jual kepada orang yang berminat dengan skim joint ownership (JO).
  3. Jual sendiri penginapan kepada walk in customer.

Dan masalah bermula apabila owner2 yang beli apartment tidak mengaktifkan diri dari segi jualan, maka mereka menolak untuk membayar wang pengurusan seperti kebersihan bangunan, lift, api, air (sebab mereka tak guna unit tu kata mereka).

Disitu ada lebih kurang 50% apartment adalah milik persendirian. jadi tanpa kerjasama owner setiap unit, Pihak mengurusan mayangsari pun gagal menguruskan hotel tersebut ketika itu. Sebab hotel kena tanggung semua maintenance seluruh bangunan.

Dari situ bermula kisah2 hantu ni tersebar di internet. Terutama kisah gangguan di bilik 703 yang diviralkan ade sebuah keluarga yang penulisnya membahsakan dirinya Aben kene ganggu kat apartment tu. Tapi sumber penulisan tak tau dari mana, kisah Aben tu hanya dibaca dari sebaran copy paste. Katanya Aben tu dengar bunyi bukak pintu, bunyi bukak air, nampak makhluk putih perhatikan dia. kalau orang lain dah lari dah malam tu jugak. takde nye nak tunggu sampai pagi kan? hehe..

Dan ada versi lain pulak cerita ada dengan suara budak nangis, cari punya cari, muncul la sorang budak kecik nangis cari mak dia, bila tanya budak tu duduk mana, budak tu kata tingkat atas, so orang tu pun assume la budak tu duduk tingkat 7. dia hantar budak tu kat tingkat 7 tapi lepas hantar, dia blah, tetibe teringat mak dia ckp bilik tu kosong, dia pun patah balik, tgk2 budak tu hilang. bermakna? dia hantar depan pintu je ke? tak masuk tolong ketuk cari sampai jumpe parents budak tu? lol..

oklah tu hanya cerita copy paste, mungkin penulis asal ada cerita detail tapi tukang copy ambik point2 penting je kot kan…

ok berbalik kepada kisah Mayangsari ni, selepas bangunan lama tu gagal diselenggara kerana kekurangan modal, tempat tu pun terbengkalai beberapa tahun, dah takde api air semua, hotel pun di tutup la. Dan bila bangunan tinggal lama ni faham2 jelah, macam2 kisah la keluar dan menjadi bualan ramai termasuk la nampak cik ponti terbang la, nampak orang berenang malam2 la. tapi sape yang nampak ye kalau tempat tu dah ditutup? tak kan gigih pulak orang yang bercerita masuk kawasan tu sebab nak buktikan tempat tu berhantu. atau pak guard kerja situ balik rumah tulis blog? ok pak guard pun takde. bangunan tu memang terbiar dan tak dijaga selama beberapa tahun. so cerita2 dari internet masih belum ada kesahihannya. Tapi sebelah mayangsari tu Hotel Corus Paradise. memang pernah ada kes bunuh diri terjun dari tingkat 9 Hotel Corus tu dulu katenye masuk surat khabar.

Geng seekers pun pernah masuk bangunan mayangsari mase terbiar dulu tapi gagal bertemu ‘benda tu’.

ok sambung balik cerita. Selepas hotel tutup, terbiar beberapa tahun, owner pun gigih jugak nak bangunkan semula tempat tu. sebab tempat  tu cantik, strategik, masa saya masuk bangunan lama tu saje nak tengok2. Saya masuk sampai lobby je, sebab saya ni penakut la jugak, walaupun siang, tak berani nak naik tangga sampai tingkat 7 semata2 nak check kewujudan bilik 703 yang diviralkan tu. hahaha

Lobby dia memang 5 star deco. Perabot kayu jati asli yang mewah di bahagian reception. Lelangit lobby tu ada kain2 ala2 ulekmayang, deco dia berkonsepkan bali. Mungkin sebab owner asal dia dari indonesia, owner baru kekalkan konsep tu. agaknyelah.

Itu cerita tahun lepas, sebulan sebelum saya kembali bercuti ke Mayangsari, saya nampak iklan mereka jual semua perabot2 hotel bangunan lama. Saya agak, mungkin owner baru ni ada plan nak naikkan semuala tempat ni, nak buat penjenamaan semula sekali lagi selepas renovate agaknya.

Minggu lepas saya ke Mayangsari borak2 dengan staff, mereka kata owner jual perabot semua sebab bangunan tu memang dah tak boleh buat apa2, mereka cuba boleh jaga luaran je supaya tak nampak buruk. Nak robohkan tak boleh, nak jual tak boleh, nak renovate balik pun tak boleh semua 50% unit di bangunan tu adalah milik persendirian.

Dah tentulah owner2 unit tu semua tunggu masa je nak tuntut ganti rugi memandangkan diorang pun dah rugi beli unit kat situ, lepas tu viral berhantu pulak, tak boleh nak buat sale.

So, pengurusan baru ni pun buat satu lagi bangunan 10 tingkat di bahagian kiri kolam renang dan teruskan bisnes dengan modal minima. kali ni mereka masih lagi gunakan cara mencari pelabur melalui skim joint ownership (JO) tu. Tapi dah tak jual kepada orang2 persendirian lagi dah sebab tak nak jadi macam bangunan lagi satu tu.

sekarang ni yang beroperasi hanya bangunan baru, itupun cuma 3 tingkat je. level lain masih belum beroperasi sepenuhnya, perabot pun takde lagi.

Minggu lepas saya datang sana, nak jalan2 tengok bangunan lama. Tapi laluan dah ditutup dengan zink2 so tak boleh masuk. Boleh la masuk kalau gigih masuk celah2 kayu, tapi tak kose lah i hahaha…

fb542c1a-0340-4cf9-a3d1-89ab22b8e98ad54d8834-5fba-4ea7-bd64-64d9ae9c2786669afffd-00d8-4bcf-87b4-ec51894c27b1

04b3ae24-ba92-4893-865f-8e6c700b8da6

dapat bayangkan zaman kegemilangan tempat ni satu masa dulu. Lanskap dia memang sangat menarik berkonsepkan bali. kalaulah dapat dipulihkan balik tempat ni, owner dan pengurusan bersatu, mungkin boleh pegi jauh tempat ni. Tapi dengan kisah viral yang mcm2, tak mungkin diorang setuju nak invest pulak kan? hehehe…

d9638cd4-1d50-44c4-bd60-ab728f5db1a6

Pemandangan dari bilik penginapan saya, bangunan sebelah tu nampak biase je. cuma jelaslah boleh nampak terbiar sebab semua tingkap dibuka dan langsir mereput semua. Malam2 tu takyah nak tunjuk hebat nak pegi tengok2, dibuatnye ternampak ape2 kang naya. Bangunan tinggal macam tu, kalau takde kejadian bunuh diri pun mesti akan ada penghuni asing, sebab dah tinggal lama kan…

setakat ni takdelah kisah viral kene kacau sampai kene cekik, kene goyang katil, kene gegar2 usik teruk2 pun. Yang viral tu semua cerita2 ringan je. sumber dan kesahihannya masih tak dapat dipastikan dari siapa.

keluar masuk staff yang resign pun bukanlah sebab kene kacau hantu ke ape, tapi selalunye sebab dapat better offer, Mayangsari tak dapat bagi gaji tinggi, dana tak cukup, lagipun banyak lagi suite hotel lain yang kene maintain seperti di Dungun, Melaka, Cameron.

Dengan cerita2 hantu yang tak diketahui kebenaran tu pulak, lagi susah la nak dapat pelabur. Itu cerita pihak pengurusan tertinggi. Saya yang sekadar JO ni pun punye la susah nak tepis cerita2 tu time buat promo untuk jual tempat tu. Semua gara2 kisah2 viral copy paste dari internet.

Advertisements

18482_10152892152183198_1617506288556098624_nMenjelang usia adik menjangkau 2 tahun beberapa minggu lagi, adelah sikit majlis kecil-kecilan mama plan untuk meraikan kepayahan kita bersama mengharungi hidup ni sebelum2 ni terutama sebelum mama dapat adik. setiap tahun, pada tarikh lahir adik, mama akan ingat sampai bila2 betapa besarnya anugerah dan hadiah yang tuhan bagi kat mama ketika hari lahir mama.

mama tak pernah dapat hadiah besar, tak pernah dapat hadiah yang mama impikan dari kecik sampai tua ni. tapi pada satu hari, dihari ulangtahun mama, tuhan hadiahkan adik kat mama. Jadi nikmat tuhan yang manakah yg kita nak dustakan? mama malu nak mintak apa2 lagi kat tuhan sebab mase mama lupakan tuhan, tuhan tetap berikan nikmatNya pada mama. masa mama nak adik, mama mintak je, tuhan terus bagi.

sekarang mama nak bagitau adik, hidup kita ni adalah sebuah perjalanan dari tuhan kepada tuhan. in between, adik kene jadi orang baik, orang jujur, orang amanah, orang bertanggungjawab. tempat pertama dihati adik mesti tuhan dulu yang 1st, sebab kalau adik dahulukan tuhan dalam hidup adik, semua benda akan datang pada adik dengan mudah. rezeki, cinta, kasih sayang, kerjaya, semuanya terletak ditangan tuhan.

ok bercakap pasal adik yang aktif, adik memang cepat semua benda, tali pusat tanggal hari ke 6, pandai meniarap bulan ke 2, tumbuh gigi pertama bulan 3, merangkak bulan ke 4, berdiri memapah bulan ke 5, pandai jalan bulan ke 10, dan mase tu gigi pun dah penuh. sekarang adik dah 23 bulan, dah macam2 yang adik buat. mama pun tak larat nak cerita sebab hari2 mama balik keje, adik yang cerita kat mama ape yg adik buat kat rumah dengan maktok.

ini bermakna dah 23 bulan maktok & tokwan jaga adik. adik bertuah sebab walaupun mama tak dapat jaga adik sendiri, tapi mama percaya kasih sayang maktok & tokwan lebih besar. mama bersyukur, mama dapat titipkan adik kepada orang yg mama paling percaya dalam dunia.

Happy 9 Months, Anakku!

Posted: February 10, 2014 in Ade Aku Kesah?

image

#9mos #9kg #9toothed

The Freaky Teppy

Posted: January 17, 2014 in Ade Aku Kesah?

image

seperti yang dunia persetujui,
usia 30 tahun taklah tua sangat.
malah,
woman glows at 30 pernah dengar?
kat mana yg glowing tu pun saya tak pasti.
yang peliknya,
sesuatu telah terjadi,
saya melahirkan bayi pada usia 30 tahun,
iaitu pada tahun dimana saya dikatakan akan semakin glowing tu kan,
tapi apa yang terjadi ialah,
saya rasa mcm umur saya dah 94 tahun.
ok
saya sebenarnya tak pernah lagi rasa,
bagaimana rasanya berada diusia 94 tahun.
tapi macam ni lah agaknya.
letih.
lesu.
mengantuk disiang hari.
tidak bertenaga.
dahaga sentiasa.
kerap tak sihat.
sering sakit kepala.
darah tinggi tak pernah stabil.
menariknya,
disetiap kesakitan yang saya tempuh setiap hari selama 8 bulan ini,
saya bahagia.
ya!
itu saja saya nak cakap.
saya bahagia 🙂
bye!

p/s : sebabnya jangan ditanya. tapi pernah satu waktu dahulu, saya tak percaya jika orang yang kelihatan menderita tu cakap dia bahagia. sudah pasti saya naggap dia propa, pura2 bahagia dan cuba selindungkan kedukaannya. sekarang saya faham, kenapa ada bahagia disetiap kesakitan. sebabnya jangan ditanya 🙂

Remember this…

Posted: November 8, 2013 in Ade Aku Kesah?

kalo ko buat salah besar dgn aku,
dan aku masih ada disisi ko,
jangan ingat sebab aku terima ko lagi.
ia adalah kerana aku nak ko hadap kesalahan ko.
seumur hidup.
bersama aku.
menatap aku.
dan hari2 ko akan ingat ape yg ko dah buat.
sampai mati.
dalam erti kata lain,
sekali ko buat taik,
seumur hidup ko kene hidu taik sendiri.
tanpa dapat dicuci lagi.
i’m sorry for u….
tp sebenarnya aku sedar.
bile aku tak maafkan ko,
ia ibarat aku meringkuk dlm penjara,
menerima hukuman atas kesalahan org lain.
tapi aku akan tetap berjuang sampai mati.
errr… bukan aku yang mati.
tapi kau yg mati 🙂

p/s : aku pun bakal jenazah jugak akhirnya nanti.

Sejak mengandung, saya memang takde mood nak layan blog. lagi la nak cerita2 kosong takde motif dan tujuan, memang tak bernafsu langsung. 100% saya berubah  menjadi seorang pemalas. Dan sejak berpindah ke negeri ini, saya juga tak teruja nak bercerita tentang tempat2 makan menarik yang ada disini sebab bagi saya semuanya tak menarik macam kat KL. saya tak keluar rumah pun. Sebelum saya tau saya mengandung, saya dah mula rasa malas nak pegi kerja. Sebelum saya berpindah ke negeri ini kerana mengikut suami, saya dah dapat satu tawaran kerja di sebuah syarikat telekomunikasi terkenal dengan gaji yang memuaskan jiwa raga sebagai seorang yang kelulusan yang tidak seberapa ni 🙂

Tapi saya bukan sekadar menolak rezeki, malah menendangnya pula. Saya rasa macam kena santau. Tak nak pegi kerja, tak nak bangun pagi. Jiwa menderita. Rasa nak lari balik Shah Alam, sedangkan kebahagiaan dan cinta ada disini. Saya selalu sakit2. Bila siang saya lemah tak bermaya. Bila malam saya demam. Rasa sejuk diluar kulit tapi bila berselimut saya rasa panas. Saya tidur pakai stoking macam warga emas yang sakit tua. Saya tak lalu makan. Saya asyik minum je sampai buang air kecik sehari berbelas kali. Saya selalu sakit hati dengan pelbagai perkara. Sebulan hidup saya merana. Saya rasa saya bukan saya lagi. Saya dah tak kenal siapa saya. Saya keluar rumah berwajah buruk, tanpa bedak dan secalit lipstik pun. Minyak wangi apatah lagi. Langsung tak hingin. Perasaan saya terdera. Saya rindukan keluarga saya, terutama mak saya. Memang pelik. Rindunya bukan main2. Rindu yang sungguh2 rindu sehingga saya mampu menangis setiap hari. Sedangkan saya anak yang keras dan berdikari. Susah nak nangis dan bukanlah jenis yang berkepit bawah ketiak mak pun.

Rupanya saya terkena buatan orang. Ya, saya mengandung selama 5 minggu.

Selepas saya tahu saya mengandung, saya semakin mengada2. Saya dilayan bagaikan puteri raja. Pergerakkan saya dijaga. Semua dikawal selia. Sebelum saya jalan, pengawal2 saya akan pastikan jalan tersebut tak licin. Mereka menjaga trimester pertama saya dengan kawalan yang sungguh ketat. Makan minum dipantau, Berjuta pantang larang terpaksa saya lalui. Kerinduan kepada mak saya semakin menjadi2. Saya dilarang berjalan jauh dalam trimester pertama. Perjalanan berkereta saya disyaratkan untuk 1 jam perjalanan sahaja. Satu jam tu macam dari KL nak ke Sepang je. Lebih dari tu tak boleh. Jadi jiwa saya meronta dan menderita sebab saya rindukan mak saya dengan sungguh2 tapi terpaksa melalui beberapa jam dari negeri ini untuk pulang ke Shah Alam.

Kerinduan saya berakhir pada awal trimester kedua apabila saya dibenarkan pulang ke Shah Alam kerana kononnya kandungan pada trimester kedua dah kuat sikit, boleh jalan jauh sikit la 🙂

Ya, saya dapat bertemu dengan keluarga yang saya rindu selepas 4 bulan terpisah. Selama seminggu di Shah Alam, aktivviti saya terhad kerana saya dah macam warga emas yang sakit tua. Baru setengah jam berjalan suku shopping complex, kaki saya lenguh, pinggang saya sakit, kerap cari tandas dan kerusi untuk berehat sebentar. Mak masakkan saya makanan kegemaran saya setiap hari. Saya makan dengan banyak, sampai puas.

Pada bulan ke 4, saya mula dapat rasa pergerakan didalam perut saya, terutama ketika terlalu kenyang dan terlalu penat. Selalunya diwaktu malam, ketika sudah berbaring untuk tidur. semua berjalan lancar sehingga bulan ke 7. hari ini kandungan saya mencecah 31 minggu. bermakna seminggu lagi, akan berusia 8 bulan. Saya tiada masalah sepanjang kandungan ini. Sikit2 tu biasalah. Samada saya memang dari azali pemalas atau memang tenaga menjadi semakin berkurangan. Yelah dah tua2 ni baru mengandung, mana nak sama dengan tenaga muda. Bagaimanapun saya bersyukur dapat merasai apa yang wanita lain rasa sebagai  ibu mengandung. Perjalanan trimester akhir ini lebih kepada persiapan menerima orang baru yang saya tunggu2 selama 9 tahun ini. Anak pertama, semuanya kena beli barang2 baru sebab tak pernah ada anak, jadi tak pernah beli apa2 barang2 baby. Tapi ipar2 dan saudara mara ramai jugak yang bagi barut, bedung, baju2 lama anak2 mereka terutama newborn size. Saya pun tak shopping banyak, selain keperluan wajib yang nak dibawa ke hospital nanti, bakal anak ini berpeluang jugak dapat baju2 baru, tilam baru dan keperluan baru. Bukan tak nak pakai yang lama pemberian orang, pakai jugak nanti, cuma nak jugaklah tengok dia pakai yang baru. Dia kan orang baru 🙂

Semua keperluan selesai sebelum masuk minggu ke 32 sebab memang dah plan macam tu. Bulan terakhir nanti, bulan untuk berehat, dah tak nak pegi merayap shopping2, dan nak spend duit untuk bil hospital, rawatan susulan, kos berpantang dan mungkin macam2 lagi yang tidak dijangka. Semuanya telah di rancang suami. Mak abah pun teruja dan tak sabar tunggu saya balik berpantang ke Shah Alam nanti. Biasalah orang tua, benda2 yang saya tak terfikir, dah pun mereka fikirkan dari awal lagi. Dari perkara seremeh2 jahitan kain batik baru, sehinggalah projek2 berpantang, bertungku, makanan2 dalam pantang. Malah majlis aqiqah cukur jambul pun dah mereka fikirkan untuk saya.

Ini kali terakhir saya balik bercuti di Shah Alam sebelum bersalin, lepas ni saya akan berehat di kediaman mertua sehingga hari bersalin. Jadi saya habiskan masa puas2 selama hampir dua minggu ini berkepit dengan mak abah, makan semua masakan mak, sebelum saya berpantang nanti. Saya akan rindukan detik2 indah 9 bulan kandungan pertama yang penuh dengan kasih sayang ini. Terharu bila semua orang sayang. Adik2 yang rock kapak semua tiba2 jadi sentimental layan si kakak makan mcm2, mak abah mula bahasakan diri sebagai ‘tokwan’ dan ‘maktok’ bila bercakap dengan anak dalam perut ni. Suami berbual dengan anak tiap2 malam, semuanya menyentuh perasaan. Hanya wanita mengandung je yang tahu bagaimana perasaan disayangi dan dibelai ketika mengandung, walaupun layanan biasa2 saja, tapi bila orang ambik berat, kita akan rasa bahagia. Kawan2 rapat pun dah start bagi hadiah sebab takut tak berkesempatan jumpa kerana saya bersalin kat negeri lain 🙂

Saya berdoa semoga setiap wanita dapat merasai kebahagiaan ini. Semoga tuhan kurniakan zuriat buat mereka2 yang sudah lama menanti. Saya tahu apa yang mereka lalui, saya rasa apa yang mereka hadapi. Dan saya berdoa dengan bersungguh2 hati, Ya Allah, berilah mereka2 yang menanti merasai kebahagiaan seperti apa yang saya rasa ini.