Archive for the ‘Gumbira Lagi Girang’ Category

2016 hampir melabuhkan layar. Diam tak diam dah masuk November. Tahun ni Thethreef Family tak sempat nak bercuti kemana-mana sebab Mama baru nak merangkak siapkan product baru (belum direalisasikan lagi). Sibuk design sticker & props customer sampai barang sendiri punye design ketandusan idea. sibuk baru nak berjinak2 buat trading. Tahun ni keguguran lagi sekitar bulan May. berehat, berpantang. sibuk join booth sana sini pulak. so memang tak berpeluang nak bercuti pun. Tahun 2016 tahun kerja kuat.

Sedar tak sedar percutian percuma tahunan JO mayangsari dah nak expired. booking banyak tempat semua full hujung minggu dan public holiday. Tapi gigih nak guna jugak yang percuma berbaki 6 hari lagi tu, booking lah jugak Mayangsari PD 3 hari 2 malam. Ambik 2 apartment suite, bawak mak abah dan mertua. Saje pilih Mayangsari PD sebab situ je yang selesa, apartment besar, boleh masuk ramai2 sebab ruang tamu pun boleh bentang toto, tido atas sofa (kalau katil tak muat) hahaha… yang paling penting huge swimming pool dia, besar tak hengat!!!

umum

menurut google, sekitar tahun 2008-2011 ada viral kejap kisah2 seram mayangsari PD ni. mase kami beli apartment kat sini (join ownership) tahun 2014, mase tu memang susah sikit nak buat sale, sebab cerita2 mistik dari owner block sebelah (yang sekarang ni dah terbiar). Kisah block terbiar sebelah tu saya akan cerita next entry nanti sebab sekarang tengah excited nak tunjuk gambar beach ni. Makin meriah pantai PD sekarang.

kan takde duit nak bercuti kat maldives kan, so bercuti la kat PD. hampir semua pantai kami terjah. sampai sana hari pertama je terus pegi lepak pantai Teluk Kemang. memang dah susun jadual nak lunch kat sana sebaik saja sampai PD. tapi tak pegi beach sebab kami sampai jam 2pm panas terik, lepas lunch check in hotel, rehat kejap, dah redup sikit 5pm, terjun kolam.

14639730_10154203142848198_6578328654792711372_n

kami dapat apartment menghadap kolam, jadi nenek2 dan orang tua2 yang tak larat nak turun kolam tu boleh la tengok anak cucu terkinja2 berenang dari balcony je.

selain Mayangsari PD, ada lagi beberapa cawangan Mayangsari yang ada swimming pool best. Mayangsari Suite Mahkota melaka berkongsi swimming pool dengan Mahkota Hotel sebab kami ada Suite di Mahkota tu sendiri. So penginap Mayangsari mendapat kelebihan yang sama dengan penginap hotel lain. Paling best, Mayangsari Dungun di Terengganu. Disana ada pool villa. Penginap boleh berenang bebas sebab ada private pool sendiri. So takde masalah aurat dengan pengunjung lain, kita dan family kite je yang berkubang dalam kolam tu hahaha…

Dalam kesemua Suite/Hotel Mayangsari, fav saya masih PD. selain dari keseleasaan penginapan untuk sekeluarga, lengkap dengan kolam renang dewasa/kanak2. dekat dengan pantai saujana, pantai negeri, pantai teluk kemang. banyak restoran makanan laut sedap2. Percutian kami hanya makan, tidur dan berenang je selama 3 hari di PD.

Disebabkan kami menginap pada hari biasa Ahad-Selasa, keadaan hotel tenang. Selalunya hujung minggu banyak event, bilik penuh, dan ruang legar bersebelahan kolam renang penuh dengan acara BBQ. kolam pun penuh dengan macam2 acara Family Day. Kali ini, kolam ini milik kami sekeluarga sahaja, takde orang lain. Seronoknyaaaa…

Nak rekemen satu kedai makan ni nama dia Pecal Lele Ayam Penyet Tomyam & Seafood kat area Batu 4 Jalan Pantai, Port Dickson. kat sini ada Nasik Lemak sedap, Sate sedap, tomyam sedap, pecal lele ikan keli sedap, masakan seafood, tomyam semua sedap. Waktu siang customer makan dalam kedai, waktu malam diorang open table kat luar kedai, ada gerai2 jual sate, burger, dan beberapa gerai lagi. Kawasan luas, selesa, parking pun senang. Nak cari kedai pun senang, tepi jalan je boleh nampak. Kami sekeluarga kebulur malam tu, sebab penat swimming, anak2 semua kelaparan. kami order hampir semua jenis makanan kat kedai tu, saya sendiri makan nasi lemak berbungkus2 (maaf ye tank besar), kami 10 sekeluarga makan macam2 tak sampai pun RM100.

Esoknya kami habiskan masa di pantai, pagi2 pegi breakfast, lepas tu pegi Teluk Kemang nak main pasir feeling2 buat istana pasir kat maldives.

14907144_10154205974168198_4645172529216802814_n

lepas tu teringin pulak nak naik banana boat. Kami pun kautim2 harga dan dapat la sorang brother ni bagi harga RM15 satu kepala. Dia siap bagi jacket keselamatan untuk kanak2, ikat sekali dengan mak/bapak. Tapi dapat naik slow2 je sebab bawak budak. Dan banana boat tidak diterbalikkan atas sebab keselamatan kanak2.

14568063_10154205973738198_8744480741456534859_n.jpg

selepas puas main pasir, naik banana boat, dan bercanda dipasiran pantai sikit, kami pun cari port makan tengahari dan balik rehat. Sebab Nenek dah tak larat lama2 duduk tepi pantai bawah khemah, panas, kesian nenek. Oh ya khemah ni kami sewa RM30.

14590452_10154205975493198_612155525656361770_n.jpg

kat khemah ni sape yang ada baby, boleh la berteduh, cuaca memang panas, tapi tak berpeluh2 sebab angin pantai bertiup lembut gittew… boleh beli makanan, air kelapa, bawak lepak makan kat khemah. motor orang jual ice cream pun lalu lalang sentiasa.

lepas dah puas bagi anak2 main sampai kulit bertukar warna, nampak kuda pulak. dah dia nak naik kuda pusing keliling. ok kita layan.

oh btw, penginapan di hotel apartment 2 bilik Mayangsari PD selalunya saya jual dengan harga RM270 1 malam. Dan harga terbaik hujung minggu Jumaat,Sabtu, Ahad (3 hari 2 malam) ialah RM500 sahaja. Boleh masuk ramai-ramai. ada ruang nak tido kat hall jugak.

ruang-tamu

boleh alihkan coffee table, bentang toto. Enjoy!!!

Mayangsari Resort, Suite & Hotel

Jalan Pantai, Taman Port Dickson Utama, 71000 Port Dickson,

Negeri Sembilan, Malaysia

Booking : 019-6194787 Farah

Happy Birthday, Adik!

Dah seminggu berlalu baru hari ni mama ada peluang nak cerita pasal birthday party adik minggu lepas. Firstly, dah tentulah mama nak panjatkan syukur yang tak terhingga sebab selepas 9 tahun usia perkahwinan mama dengan daddy, akhirnya Allah hadiahkan adik kat mama. Itupun pinjam, bukan bagi terus. Jadi, mama akan hargai dan curahkan semua kasih sayang dan keringat yg mama ada untuk kita sama2 nikmati rahmah Allah yang satu ni. Mama pun tak tau sama ada mama berpeluang dapat anak lagi ke tak selepas adik. tapi kalau cuma adik sorang je anak yg mama ada, mama masih tetap syukur. cukup bersyukur. sebab mama ada adik.

Ulangtahun kedua adik ni berbeza dengan tahun lepas sebab mama cuba DIY semua sendiri, dari design, printing, props semua mama cuba buat sendiri. berbeza dengan 1st Birthday adik tahun lepas, semua mama order je.

Tahun ni mama pilih tema Airplane sebab mama rase kalau adik nak jadi pilot pun ok jugak hahaha. So mama pun jemput la saudara mara terdekat kite untuk datang makan2. tahun ni mama pilih Bistro Qaseh Seksyen 13 Shah Alam sebab kat situ banyak lauk pauk untuk makan tengahari. Ade jugak restoran2 lain yang mama survey area shah alam ni tapi tak sebanyak lauk2 kat Qaseh Bistro. so tetamu kita akan makan apa saja yang diorang nak, makan la berapa round pun, makan la berapa banyak, berapa kali tambah pun takpe.

kad jemputan adik mama ambik dari google je, pastu ma ubah2 sikit. ma print out sikit untuk kenangan, kat saudara mara mama hantar melalui what’sapp je hehehe…

Invitation FR 160515Takde ape sangat yang mama deco pun sebab mama fikir, kita semua makan tak kan lama. mungkin 2 jam atau lebih sikit je. lagipun kita ada space untuk 20 pax je. dan restoran tu pun dah cantik dah, takyah deco2 sangat haha…

11151070_10152997447713198_3446824413042348465_nMula2 mama nak cari kain alas meja la konon2 nak deco macam kat hotel. tapi mama cari kain alas meja bidang 60 warna putih tak jumpa. 2-3 hari mama cari takde, mama kesuntukan masa, jadi mama fikir, takpelah, meja kayu kat Bistro Qaseh tu dah elok, restoran tu bukannya pakai meja mcm meja kedai mamak. So mama teruskan jugak susun2 goodies, alas placemat atas meja dengan daddy berdua. Adik tinggal kat rumah dengan maktok & tokwan sebab mama konon2 nak surprisekan adik hahaha…

2-3 bulan sebelum birthday adik mama dah berangan dah survey2 google2 tema, tengok2 design theme. akhirnya mama pilih Airplane Theme ni sebab berangan nak buat gambar airoplane nak tulis FAZRIL AIRLINES huhuhu!

11054864_10152997447048198_4478497359250857568_n11224816_10152997447198198_1866254886140228560_nmula2 mama design sticker dulu. mama ambik gambo airoplane tu dari google je, pastu mama framekan sendiri, tulis2 sendiri, tukar2 warna sikit sebab mama nak tema biru+merah.

11295762_10152997447083198_1540756507855903179_nlepas tu mama beli paperbag warna biru dan merah ni. Mama tampal je sticker yang mama dah print dan gunting tu. mama prepare 30 goodies je sebab tetamu kite pun 20 orang je. kalau ada orang nak tempah kat mama macam ni, mama akan jual satu paperbag with sticker macam ni RM4.

11235811_10152997447278198_7620547160819816535_nlepas tu mama dapat design mcm ni pulak. Mama tambah2 round fame sikit dan tulis2 ape yang mama nak.

11203082_10152997446988198_7910344401802253827_nlepas tu mama tampal kat moist choc cake kecik ni. Ramai orang cakap sedap. coklat melimpah ruah. moist cake dia pun memang moist sangat. kalau orang nak tempah ni mama jual RM1.50

11235811_10152997447393198_1929151363137934005_ndesign sticker yang ni pun sama jugak mcm yg dekat moist cake tu. sticker ni size 5cm. mama memang dah banyak ambik tempahan untuk roundsticker 5cm ni. untuk 100pcs mama charge RM30 je.

11167789_10152997447353198_6806364816805439688_nlepas tebuk guna puncher khas, mama tampal je kat mineral water comel tu. dekat straw dia pulak mama buat flag sendiri guna lebihan placemet paper. paper tu mahal sikit la sebab mama beli kat Daiso. segulung RM5.30 termasuk GST. segulung dapat 4pcs placemat je. tapi mama beli jugak bergulung2 sebab ade gambar aeroplane merah biru.

11260678_10152994862078198_8651651533143194735_nso placemat tu mama susun kat meja khas untuk setiap orang. setiap orang akan dapat mineral water, moist cake dan in-flight snack (peanut candy).

10408653_10152997446873198_7682309388558914602_nin-flight snack ni mama beli plastik tu kat daiso jugak. lepas tu mama buat sendiri label dia. label size kecik ni senang je 30pcs boleh sumbat dalam sekeping A4 sticker.

mhnzcndpntbrlypeanut candy ni mama beli kat mahnaz foods belakang rumah kita. imported from Dubai berharga RM21.60 sekilo. untuk 30 goodies mama perlukan 2 kilo je sebab setiap satu pack in-flight snack mama letak 4pcs peanut candy.

Mama hubungi orang yg buat kek adik tahun lepas, mama nak tempah kek kat dia lagi sebab redvelvet dia sedap dan lukisan buttercream dia kreatif sangat. jadi tahun ni mestilah mama nak kek aeroplane. tapi 4 hari sebelum majlis, orang tu call mama bgtau dia balik kg dan tak kan balik kl beberapa minggu sebab mak dia meninggal dunia di perlis.

mama cari solution lain tapi gagal. jadi mam pun order kek dengan kawan mama. dia buat kek memang sedap tapi dia takde la lukis2 buttercream atau buat kek bentuk kapal terbang. jadi mama terpaksa order kek dari dia, lepas tu ma cuba buat cake banner props sendiri.

11165334_10152997447493198_1622274416521378275_nni first time mama buat cake banner, sebelum ni mama pernah la ambik order cupcakes topper. cake banner ni mama jahit, ikat guna benang, balut lidi, ikat dan gantung.

11219111_10152997447648198_7903950641043464387_nmungkin tak cantik sangat la. asalkan ada aeroplane takpelah. mama pun tak berani nak ambik order untuk cake banner cantum2 mcm ni. mcm leceh hehehe…

11068345_10152994860998198_5281405845233457488_nso, ini saje yang mampu mama buat untuk adik. lebih jimat buat sendiri, berbeza dgn tahun lepas kos mencecah RM3000. tahun ni RM1000 pun tak sampai. mama takde beli hadiah apa2 untuk adik tahun ni, tapi mama bagi separuh dari gaji mama bulan May untuk adik simpan kat bank adik. mula2 ma nak belikan adik motor besar 750cc yg kite tengok tu. tapi rase mcm membazir sebab kereta ferrari adik tahun lepas pun adik tak main sangat. jadi lebih baik mama bagi duit mama kat adik untuk adik guna dimasa akan datang.

Mama akan usaha lagi untuk bahagiakan adik, bahagiakan kita sekeluarga. Selamat Ulangtahun yang ke-2 adik. Mama lupa hari tu pun birthday mama jugak. Mama excited sangat nak celebrate adik sampai lupa birthday kita sama.

tahun depan lagi special kan? adik 3 tahun, mama 33 tahun πŸ™‚ tak sabarnya…

oh ye. mama nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi adik dan mama hadiah. yang tak datang pun ade kirim2 hadiah. kirim2 duit lagi banyak hehehe. terima kasih semua. walaupunΒ  jemputan hanya sedara mara 20 orang je tapi meriah dan banyak hadiah. Adik la seronok. mama dah tak kisah dah. dah tua hahaha…

10483159_10203851746087174_3378422281037211661_n

Tuhan,
syukur atas peluang ini.
Tahun ni dapat beraya bersama keluarga,
dan orang baru dalam hidup kami.
Fazril Raqib.
Syawal ini
lebih indah
dari syawal-syawal 30 tahun yang lalu.
Terima kasih, Tuhan.

DSC_0682

Happy Birthday Sayang,
Mama harap dapat jadi yang terbaik untuk Adik.
Adik,
Tuhan dah rampas banyak benda dalam hidup mama untuk Dia gantikan dengan kehadiran Adik.
Lepas Tuhan hadiahkan Adik kepada mama tahun lepas,
Ketika mama sambut hari ulangtahun ke 30 (dalam labour room),
Selepas 9 tahun tanpa zuriat,
Mama tak kan pertikaikan lagi apa yang Tuhan akan ambik dan bagi pada mama selepas ni.
Terima kasih Tuhan.

1948185_493704494091710_9084964795840088598_n

10304773_493702867425206_1973632822862962452_n

10339700_493703230758503_9145292363656903278_n

Untuk 18 May yang akan datang,
Mama tak perlukan hadiah lain lagi.
Cukup,
Tuhan dah hadiahkan mama Adik dalam hidup mama.

10363876_493703540758472_8712126734303546131_n

10349873_493703500758476_1216985490671365378_n

10371493_493703294091830_8964621020759993318_n

Semoga cinta kita kekal abadi.
#18MayUntukKite

p/s : nanti adik dah pandai cakap, mama bawak adik jumpa abang isyraf, cinta pertama mama. Al-fatihah Isyraf kesayangan maklong, cinta maklong tak pernah berubah.

seperti yang dunia persetujui,
usia 30 tahun taklah tua sangat.
malah,
woman glows at 30 pernah dengar?
kat mana yg glowing tu pun saya tak pasti.
yang peliknya,
sesuatu telah terjadi,
saya melahirkan bayi pada usia 30 tahun,
iaitu pada tahun dimana saya dikatakan akan semakin glowing tu kan,
tapi apa yang terjadi ialah,
saya rasa mcm umur saya dah 94 tahun.
ok
saya sebenarnya tak pernah lagi rasa,
bagaimana rasanya berada diusia 94 tahun.
tapi macam ni lah agaknya.
letih.
lesu.
mengantuk disiang hari.
tidak bertenaga.
dahaga sentiasa.
kerap tak sihat.
sering sakit kepala.
darah tinggi tak pernah stabil.
menariknya,
disetiap kesakitan yang saya tempuh setiap hari selama 8 bulan ini,
saya bahagia.
ya!
itu saja saya nak cakap.
saya bahagia πŸ™‚
bye!

p/s : sebabnya jangan ditanya. tapi pernah satu waktu dahulu, saya tak percaya jika orang yang kelihatan menderita tu cakap dia bahagia. sudah pasti saya naggap dia propa, pura2 bahagia dan cuba selindungkan kedukaannya. sekarang saya faham, kenapa ada bahagia disetiap kesakitan. sebabnya jangan ditanya πŸ™‚

hari ni saya meraikan cinta 10 tahun saya.
saya berkahwin pada usia 21 tahun (2004).
dan masa pun berlalu.
2014 menjelang.
perkahwinan kami berusia sedekad hari ini (090114).
tahun ni special.
sebab kami ada Fazril Raqib.
dia berada didalam kandungan saya ketika wedding anniversary ke-9 (2013).
dan kali ini,
pada wedding anniversary ke-10,
saya ada Fazril Raqib.
cukup!
Terima kasih Allah!

hari ini, hari ke 182 hari usia anak saya.
6 bulan berlalu dengan jayanya.
dia membesar dengan sihat.
memberikan saya pengalaman jaundice sekali, deman sekali, tak berak 2 hari sekali, muntah2 sekali,
semuanya menakutkan.
Alhamdulillah, semakin membesar, semakin kurang sakit2.
Malah saya dah boleh minum ais, cendol, makan ABC serta ice-cream tanpa perlu risau anak akan kembung perut.
tapi setiap kali mandi masih amalkan sapu minyak telon di perut dan tapak kaki untuk elak kembung jugak.
saya harap anak saya mempunyai ketahanan badan yang kuat.
selama 6 bulan inject setiap bulan ni pun dia takde demam.
saya benar2 harap khasiat susu ibu yang dikatakan begitu hebat ini benar2 hebat.
lagipun, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Ingin Kamu Dustakan?
ternyata susu ibu memberi ketahanan yang baik untuk anak saya.
Cuma diawal kelahiran ketahanan dia tak seberapa walaupun fully breastfeed, mungkin sebab dia dilahirkan 37w6d dengan berat 2.1kg sahaja.
tapi yang paling merisaukan dan tak dapat dilupakan,
jaundice dia berlarutan sehingga 60 hari,
pada usia 2 bulan, saya masih berulang alik ke hospital setiap 1-2 minggu untuk follow up jaundice dia.
runsingnya masa tu, Allah saja yang tahu.
Syukur semua sudah berlalu.
hari ini, saya mulakan solid food pertama dia.
saya dapatkan brown rice organic powder.
dicampur dengan puree pelbagai perisa.
setakat ni dia baru makan puree perisa jagung, labu, keledek dan apple.
saya bercadang untuk membuat puree sendiri walaupun hanya mempunyai 2 hari seminggu utk habiskan masa bersama dia.
sebenarnya saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.
saya sedikit berat hati nak berikan dia puree heinz, cerelac, nestum atau apa2 saja fast food dan makanan dalam tin/kotak.
saya mahukan yang segar dan berkhasiat.
saya tahu, itu semua bergantung kepada semangat saya.
walaupun bekerja, saya nak anak saya mendapat layanan setaraf ibu-ibu surirumah πŸ™‚
bagi saya, ibu-ibu surirumah bertaraf 5 bintang.
mereka dapat bersama anak mereka 24 jam sehari.
dapat lenyek kentang dan puree buah-buahan sendiri.
dapat buat bubur sendiri setiap hari.
yang penting dapat luangkan quality time bersama setiap hari, 24 jam sehari. bertuah kan ibu-ibu surirumah?
tapi anak saya apa kurangnya.
waktu siang, bersama maktok dan tokwan,
mungkin kasih sayang mereka melebihi kasih sayang saya.
waktu malam, berkepit dengan saya sampai subuh.
hujung minggu paling indah.
berkepit selama dua hari πŸ™‚
esok hari sabtu.
saya orang yang paling gembira πŸ™‚

p/s : minggu ni daddy ada. bolehlah kite guling2 bertiga πŸ™‚