Archive for the ‘Hentam Resepi’ Category

Burrito Jawa Mexico

Posted: April 12, 2012 in Hentam Resepi

Bahan-bahan :

1. Tortilla

2. Daging Cincang

3. Sayur Campur (carrot, kacang pea, jagung)

4. Kobis

5. Mayonise

6. Tomato

7. Cheese

8. Tempe

9. Bawang

10. Kacang Baked (dalam tin)

 

Cara-cara membuatnya :

1. Tumis bawang yang dipotong dadu (potong dadu supaya masa makan tu takdelah terasa gigit bawang sangat)

2. Masukkan daging kisar, masak sampai betul2 masak dan empuk (kejap je akan empuk sebab daging cincang memang senang masak)

3. Masukkan tempe yang dah dipotong dadu. Masak sampai berubah warna.

4. Masukkan sayur campur

5. Maukkan kacang baked dengan kuah dia sekali, masak semua sampai kering jangan berkuah.

6. Masukkan tomato yang dah dipotong dadu

7. Garam secukup rasa

8. Panaskan tortilla supaya jadi lembut sikit.

9. Letak sekeping cheese atau taburkan cheese hancur atas tortilla yang masih panas

10. Letak semua bahan-bahan yang dah di masak tadi atas cheese

11. Letak sayur kobis cincang yang telah digaul dengan mayonise (macam coleslaw KFC tu)

12. Lipat atau bungkus bahan-bahan tu semua ikut suka hati. Nak lipat dua je ke atau nak bungkus empat segi macam murtabak tu pun boleh.

13. Sedia dihidang.

 

sila google untuk resepi Recipe Burrito sebenar. Ini resepi saya ubah dah jadi jawa sebab saya tambah tempe dan bahan-bahan pun ikut suka hati saya. Potions dia mak oiiii boleh kenyang setahun. Tak boleh makan selalu sebab kalori tinggi. Mak saya kata ini makanan orang gemuk! Selamat mencuba 🙂

Advertisements

melihatkan telatah mcm2 pengantin baru punye status fesbuk yang kadang2 boleh buat saya pitam, saye teringat zaman2 saye menjadi pengantin baru dulu. saye masak sayur hentam keromo sebab mase tu saye mmg betul2 tak reti masak. dan suami saye memang tak bagi saye masak sangat, buat sepah dapur katenye. bayangkanlah beras kami beli 5kg bertahan sampai 7 bulan, sampai dah keluar kutu beras. tong gas pun dekat 3 tahun sampai dah expired dan tak boleh guna. tapi tatkala bulan Ramadhan, saya terpaksa jugak masa nak isi perut ketika bersahur. dan saya telah masak sayur ini. baru2 ni, selepas 8 tahun berlalu, saye terasa nak makanan sayur ini dan saya pun rasa nak kongsi resepi dengan anda semua hahaha…

Bahan-bahan :

1. Tempe

2. Kacang panjang

3. Stick Ketam

4. Bawang besar

5. Sebiji telur

6. Garam secukup rasa

Cara-Cara membuatnya :

Potong tempe ikut suke hati koranglah nak size macam mane, lepas tu salut dengan kunyit dan goreng gune marjerin, tak payah gune minyak. dah siap goreng, keluarkan dari kuali dan masuk dalam pinggan lain.

lepas tu masuk minyak sikit, tumis bawang besar dan masukkan sayur kacang panjang. lepas tu masukkan sebiji telur dan kacau sampai telur hancur pecah2. goreng sampai puas hati. jangan lupe masukkan garam ikut suke hati koranglah nak masuk banyak mane, saye masuk stengah tea spoon je.

lepas tu masukkan stick ketam yang telah dipotong (boleh potong ikut suke hati korang) satu stick tu aku suke potong 4 memanjang.

lepas tu kacau dan gaul hingga jadi seperti ini.

akhir sekali masukkan tempe yang korang dah goreng mase mula2 tadi. dan hidangkan. lepas tu tengok je tak payah makan! muahahaha… Resepi ini menguatkan lagi bukti bahawa aku sebenarnya ialah orang johor yang suke makan tempe. Sekian!