Archive for the ‘Jiwa Luka!’ Category

6 January Datang Lagi…

Posted: January 2, 2014 in Jiwa Luka!, Rindu Giler

6 January.
1990.
Saya dapat adik.
Adik bongsu. Lelaki. Comel.
Mak Abah gembira.
Saya gembira.
Semua gembira.

6 January.
2011.
Di hari ulangtahun adik bongsu yang ke 21.
Saya hilang anak saudara.
Cucu sulong. Lelaki. Comel.
Mak Abah menangis.
Saya menangis.
Semua menangis.

Tarikh ini.
Kini.
Setiap tahun.
Kami tak tahu.
Kami patut ketawa, gembira.
Atau menangis, berduka.

Sejujurnya.
Saya tak mampu bergembira.
Walaupun berkilau mana pun acara.
Saya tetap rindukan dia.
Cinta pertama saya.
Faris Isyraf,
Semoga cinta kita kekal abadi.

p/s : selamat tahun baru sayang Mama, Fazril Raqib. Semoga adik membesar dewasa. Matang seiring usia. #FR #day230

Advertisements

Tuhan, berikan aku kekuatan…

Posted: April 26, 2012 in Jiwa Luka!

May kian menjelma. May 2012 sangat² special bagi saya kerana saya akan menghadiahkan diri sendiri sesuatu yang paling berharga di dunia dan harapnya di akhirat juga. Ini merupakan cubaan saya untuk selangkah menuju Jannah, insya’Allah. kerana hidayah perlu dicari bukan ditunggu. dan jika bercakap tentang seru, rasanya saya silap besar kerana menanti sampainya seru kerana seruan menutup aurat sudah jelas di dalam al-quran dan hadis.

Semoga saya kuat melalui setiap dugaan. Semoga saya diberikan kekuatan untuk terus bertahan dengan bekal sedikit keimanan dan cubaan ke arah kebaikan. Ya Tuhan, peliharalah lidahku, bersihkanlah hatiku, ikhlaskan setiap perjuanganku. Saya akan terus berjuang biar dibenci dan dicaci. Saya akan menerima segala sinis dan kata nista. Insya’Allah saya telah bersedia untuk melaluinya kerana saya sekadar manusia. Sedangkan Nabi sendiri dicaci hingga ke hari ini. Semoga saya mendapat sedikit aura semangat dan ketabahan Nabi. saya redha bersusah kini kerana Allah telah berjanji umat Nabi Muhammad adalah umat yang akan didahulukan di akhirat nanti. Semoga teguh keimanan ku kepada Mu ya Allah, kepada Malaikat, Kitabku Al-Quran, Rasulku Muhammad, dan teguh imanku pada qadaq dan qadar Mu ya Allah.

Sesungguhnya saya meyakini janji Allah dalam sabda Rasulullah s.a.w.

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga ketabahan dan semangat saya benar-benar utuh dalam menempuhi setiap pembalasan masa lalu di dunia ini asalkan saya selamat dari azab neraka Allah yang menakutkan. saya tahu, dugaan dan ujian tak kan pernah putus seperti yang diriwayatkan,

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw, Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?

Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.

(Riwayat Tirmizi)

 

Ingatlah setiap apa yang berlaku dalam hidup ini tiada yang kebetulan. Semuanya berlaku dengan keizinan, perancangan dan pengetahuan Allah. Apabila Allah timpakan sesuatu musibah maka yakinlah disebalik musibah itu terkandung seribu hikmah. Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan kita, atau meningkatkan darjat kita, atau bagu menyucikan diri kita dari dosa-dosa, atau menambah kebaikan atas diri kita. Apabila kita yakin semua perkara baik dan buruk itu datangnya dari Allah dengan tujuannya yang tertentu maka hati akan merasa tenang. Insya’allah…

cepat pulang…

Posted: March 1, 2012 in Jiwa Luka!

8 bulan adik pergi…

Posted: September 8, 2011 in Jiwa Luka!, Rindu Giler

hello. aku sudah start keje hari ni. letih sungguh duk mengemas pindah opis baru. baru 60% je siap. byk lagi tak siap kemas. dah 5 hari mak pegi bercuti ke perak. hari ni sungguh mencabar kerana balik keje terus rushing masak, org dirumah sehari suntuk tak makan (makan roti je). letih!

sekarang aku sudah gile dengan Cadbury Hot Choc Drink ni. rase mcm makan coklat. Sungguh nikmat ketika hot :p perghhhh tak boleh tahan. Minggu ni merasa sedikit tertekan kerana boss meraban sikit, suruh itu, suruh ini dan kerap meroyan. mungkin sebab dia pun stress dgn boss besar yg push2 dia dan wife dia pun tgh tak sihat ulang alik hospital. oke takpe, kite akan cube memahami antara satu sama lain :p

sabtu lepas tak jumpe Isyraf sebab berada dikampung. Sabtu ni mcm ade kenduri arwah pakngah tapi aku tak pegi ar kot. Boleh la jumpe Isyraf kejap, lagipon kalo maktok dia jadi balik esok, harus la dia gagah jugak nak jumpe cucu dia tu setiap sabtu seperti biase! maktok tu dah 8 bulan mcm tu. tiap2 minggu nak jumpe adik, kalau tak pegi stress rindu katenye. harap2 la Isyrin datang nanti, boleh buat rindu maktok terubat dengan kebizian menggomol adik baru Isyraf tu nanti. tak sabar rasenye.

Adik, kami penah cakap kat Tuhan, kami tak nak baby lain selain adik. Kami mintak Tuhan pulangkan adik pada kami mase adik koma dulu. Kami cakap kat Tuhan, kalau Tuhan ambik adik,tak perlulah bagi ‘adik’ lain sebagai ganti sebab kami tak nak adik yg lain. Kami nak adik balik jugak! Tapi Tuhan ambik jugak adik! Dan kami tak nak adik lain!
Minggu lepas 18hb Tuhan dan bagi kami ‘adik’ lain, tapi Tuhan ambik balik sebab kami penah cakap kat Tuhan kami tak nak adik lain. ‘Adik’ lain tu dah pegi pada usia 12 minggu dalam kandungan kami. Kami tak bunuh dia, tapi orang semua cakap kami bunuh dia. Kami tak tau pun kami mengandung. Tapi orang salahkan kami mcm2. Orang cakap kami mmg tak nak ‘adik’ tu, kami mmg dah niat tak nak ‘adik’ tu. Mcm2 lagi diorang cakap kat kami. Diorang penyebok! Diorang cume tau cakap je! Diorang bodoh! Diorang tak tau yg takde mak yang sanggup bunuh anak! Diorang semua babi! Diorang semua sial!
Adik, benda ni makin kronik, makin mengganggu! Kami tak suka tengok anak org lain yg sebaya adik semuanya sihat dan membesar! Kami tak suka tengok anak orang lain sambut besdei yang ke-2 tahun! Kami tak suka tgk baju baby lelaki. Kami tak suke diorang publish2 gambo anak lelaki diorang yang perasaan comel tu! Kami tak suke diorang suruh kami bersabar! Suruh kami redha! Diorang semua sial! Diorang semua tau cakap je! Kami nak anak diorang mati mase umur 14 bulan! Sama mcm adik! Biar semua rasa! Biar sama-sama rasa! Baru puas hati kami!
Adik, susahnye nak lalui hidup ni dengan bersabar, redha,pasrah semata-mata. Susahnye nak lalui hidup ni dengan org keliling yg pura2 simpati dan konon2 prihatin! Susahnye nak lalui hidup ni dgn babi-babi yg anggap kematian dan kehilangan itu sudah lumrah! Susahnye dik, susah sangat!
Adik, takpelah adik. Dah nasib kite nak terpisah dengan cara mcm ni. Dah nasib kami nak mengadap babi-babi ni seumur hidup! Adik tengah buat ape tu?