Archive for the ‘Review And Advertorial’ Category

2016 hampir melabuhkan layar. Diam tak diam dah masuk November. Tahun ni Thethreef Family tak sempat nak bercuti kemana-mana sebab Mama baru nak merangkak siapkan product baru (belum direalisasikan lagi). Sibuk design sticker & props customer sampai barang sendiri punye design ketandusan idea. sibuk baru nak berjinak2 buat trading. Tahun ni keguguran lagi sekitar bulan May. berehat, berpantang. sibuk join booth sana sini pulak. so memang tak berpeluang nak bercuti pun. Tahun 2016 tahun kerja kuat.

Sedar tak sedar percutian percuma tahunan JO mayangsari dah nak expired. booking banyak tempat semua full hujung minggu dan public holiday. Tapi gigih nak guna jugak yang percuma berbaki 6 hari lagi tu, booking lah jugak Mayangsari PD 3 hari 2 malam. Ambik 2 apartment suite, bawak mak abah dan mertua. Saje pilih Mayangsari PD sebab situ je yang selesa, apartment besar, boleh masuk ramai2 sebab ruang tamu pun boleh bentang toto, tido atas sofa (kalau katil tak muat) hahaha… yang paling penting huge swimming pool dia, besar tak hengat!!!

umum

menurut google, sekitar tahun 2008-2011 ada viral kejap kisah2 seram mayangsari PD ni. mase kami beli apartment kat sini (join ownership) tahun 2014, mase tu memang susah sikit nak buat sale, sebab cerita2 mistik dari owner block sebelah (yang sekarang ni dah terbiar). Kisah block terbiar sebelah tu saya akan cerita next entry nanti sebab sekarang tengah excited nak tunjuk gambar beach ni. Makin meriah pantai PD sekarang.

kan takde duit nak bercuti kat maldives kan, so bercuti la kat PD. hampir semua pantai kami terjah. sampai sana hari pertama je terus pegi lepak pantai Teluk Kemang. memang dah susun jadual nak lunch kat sana sebaik saja sampai PD. tapi tak pegi beach sebab kami sampai jam 2pm panas terik, lepas lunch check in hotel, rehat kejap, dah redup sikit 5pm, terjun kolam.

14639730_10154203142848198_6578328654792711372_n

kami dapat apartment menghadap kolam, jadi nenek2 dan orang tua2 yang tak larat nak turun kolam tu boleh la tengok anak cucu terkinja2 berenang dari balcony je.

selain Mayangsari PD, ada lagi beberapa cawangan Mayangsari yang ada swimming pool best. Mayangsari Suite Mahkota melaka berkongsi swimming pool dengan Mahkota Hotel sebab kami ada Suite di Mahkota tu sendiri. So penginap Mayangsari mendapat kelebihan yang sama dengan penginap hotel lain. Paling best, Mayangsari Dungun di Terengganu. Disana ada pool villa. Penginap boleh berenang bebas sebab ada private pool sendiri. So takde masalah aurat dengan pengunjung lain, kita dan family kite je yang berkubang dalam kolam tu hahaha…

Dalam kesemua Suite/Hotel Mayangsari, fav saya masih PD. selain dari keseleasaan penginapan untuk sekeluarga, lengkap dengan kolam renang dewasa/kanak2. dekat dengan pantai saujana, pantai negeri, pantai teluk kemang. banyak restoran makanan laut sedap2. Percutian kami hanya makan, tidur dan berenang je selama 3 hari di PD.

Disebabkan kami menginap pada hari biasa Ahad-Selasa, keadaan hotel tenang. Selalunya hujung minggu banyak event, bilik penuh, dan ruang legar bersebelahan kolam renang penuh dengan acara BBQ. kolam pun penuh dengan macam2 acara Family Day. Kali ini, kolam ini milik kami sekeluarga sahaja, takde orang lain. Seronoknyaaaa…

Nak rekemen satu kedai makan ni nama dia Pecal Lele Ayam Penyet Tomyam & Seafood kat area Batu 4 Jalan Pantai, Port Dickson. kat sini ada Nasik Lemak sedap, Sate sedap, tomyam sedap, pecal lele ikan keli sedap, masakan seafood, tomyam semua sedap. Waktu siang customer makan dalam kedai, waktu malam diorang open table kat luar kedai, ada gerai2 jual sate, burger, dan beberapa gerai lagi. Kawasan luas, selesa, parking pun senang. Nak cari kedai pun senang, tepi jalan je boleh nampak. Kami sekeluarga kebulur malam tu, sebab penat swimming, anak2 semua kelaparan. kami order hampir semua jenis makanan kat kedai tu, saya sendiri makan nasi lemak berbungkus2 (maaf ye tank besar), kami 10 sekeluarga makan macam2 tak sampai pun RM100.

Esoknya kami habiskan masa di pantai, pagi2 pegi breakfast, lepas tu pegi Teluk Kemang nak main pasir feeling2 buat istana pasir kat maldives.

14907144_10154205974168198_4645172529216802814_n

lepas tu teringin pulak nak naik banana boat. Kami pun kautim2 harga dan dapat la sorang brother ni bagi harga RM15 satu kepala. Dia siap bagi jacket keselamatan untuk kanak2, ikat sekali dengan mak/bapak. Tapi dapat naik slow2 je sebab bawak budak. Dan banana boat tidak diterbalikkan atas sebab keselamatan kanak2.

14568063_10154205973738198_8744480741456534859_n.jpg

selepas puas main pasir, naik banana boat, dan bercanda dipasiran pantai sikit, kami pun cari port makan tengahari dan balik rehat. Sebab Nenek dah tak larat lama2 duduk tepi pantai bawah khemah, panas, kesian nenek. Oh ya khemah ni kami sewa RM30.

14590452_10154205975493198_612155525656361770_n.jpg

kat khemah ni sape yang ada baby, boleh la berteduh, cuaca memang panas, tapi tak berpeluh2 sebab angin pantai bertiup lembut gittew… boleh beli makanan, air kelapa, bawak lepak makan kat khemah. motor orang jual ice cream pun lalu lalang sentiasa.

lepas dah puas bagi anak2 main sampai kulit bertukar warna, nampak kuda pulak. dah dia nak naik kuda pusing keliling. ok kita layan.

oh btw, penginapan di hotel apartment 2 bilik Mayangsari PD selalunya saya jual dengan harga RM270 1 malam. Dan harga terbaik hujung minggu Jumaat,Sabtu, Ahad (3 hari 2 malam) ialah RM500 sahaja. Boleh masuk ramai-ramai. ada ruang nak tido kat hall jugak.

ruang-tamu

boleh alihkan coffee table, bentang toto. Enjoy!!!

Mayangsari Resort, Suite & Hotel

Jalan Pantai, Taman Port Dickson Utama, 71000 Port Dickson,

Negeri Sembilan, Malaysia

Booking : 019-6194787 Farah

Dek kerana terpengaruh dengan posting rakan2 blogger di alam maya, akhirnya aku pegi jugak try Burger Yazid besar gedabak yang dicanang2 dek teman2 blogger selama ini. Sebenonye aku malas sebab diorang cakap, nak makan burger ni kene order by SMS, lepas bank in duit dulu, pastu baru pegi makan kat sane atau take away pun boleh! Kemalasan aku adalah berpunca dari nak pegi bank in duit tu (sebab aku takde maybank2u) hahaha… ade la maybank2u tapi untuk tengok duit je, untuk transfer2 dan membeli belah memang saje aku tak aktifkan takut terjebak :p

Tapi kali ni memang aku rase macam teringin sangat2 nak makan Burger Yazid ni, lalu aku pun search la kat internet, lepas tu aku jumpe cara2 nak order kat blog tuan punye burger Blog Yazid Burger aku ambik burger paling besar 1kg sebab family aku kan 6 orang 🙂

– Sekilo burger RM40.00
– 500 gram burger RM20.00
– 250 gram burger RM10.00

Aku ambik 1kg punye burger dan aku mintak tambah 4 keping cheese. Jumlah bayaran ialah RM44, aku bank in RM40 dulu sebab mesin atm tu takleh terima RM4, aku sms balik brader tu bagitau aku dah bank in RM40, nanti mase ambik burger aku bayar lagi RM4, tapi abang tu tak nak ambik pun RM4 mase aku datang amek burger 🙂

Tak payah citer banyak, memang sedap giler burger ni, esok mak aku suruh pegi beli lagi. ayark!!! korang try la pulak rase… ade mcm2 rase…

1) pemilihan jenis roti ( oregano, garlic, honey oat, dan wholemeals)
2) pemilihan jenis patty ( satay, blackpepper, bbq, mushroom, n tomyam)
3) pemilihan jenis sos ( tomato, cili, mustard, mayonis, thousand island n bbq)
4) pemilhan jenis sayur ( salad, bawang, tomato, timun, kobis, n carrot)
5) pemilihan jenis buahan ( epal, nenas, n zaitun)
6) pemilihan daging ( ayam atau lembu)
7) pemilihan sos tambahan ( blackpepper, mushroom, cheezy, n jalepeno)
8) pemilihan cheese ( 2 keping, 5 keping, dan 10 keping)

Sila rujuk blog Yazid Burger untuk cara2 tempahan yer.. kalo tak reti bace, call brader Yazid sendiri kat no ni hehehe… 019 6888709

Venue : One Logistics Hub, Section 32 Shah Alam, Selangor
Date : 7th July 2012
Time : 9.00am – 5.00pm

PROGRAMS:
1) Talent Hunter Day: Showcases of various job opportunities from various companies (Interview also will be held on the day & you might consider to bring your resume along with you).
2) Introduction of PKT Facebook Chief.
3) Talk by DMT: The Power of Social Media – How Social Media Transformed Our Workplace
4) Launching of the 1st online reality show for Malaysian students – “Kamu Dipecat!”
5) Pineapples & The Waves Tour – “Know Us Better!”

* There will be a lot of activities during the event. We will update you from time to time 🙂

FREEBIES OF THE DAY: LUCKY DRAW
★ 5 x iPad to be won!
* 300 pcs of PKT National Interest t-shirts to give away for free!

HOW TO JOIN? RSVP NOW!
1) LIKE our Facebook page: http://www.facebook.com/PKTGroup
2) JOIN the event by click on “GOING” button
3) SHARE this event on your wall
4) WRITE on event wall “Count Me In”

Event Link: http://www.facebook.com/events/199656483471336

Masih ingat PKT Logistics? Merujuk kepada entry saya dulu kala Kamu Dipecat!!! Sekali lagi Dato’ Michael Tio (DMT) bikin gempak! Donald Trump Malaysia ini akan melancarkan program realitinya KAMU DIPECAT pada majlis PKT 2012 CAREER DAY mereka sabtu ini. Apa lagi guys, bawak resume masing-masing dan serangggggg!!!!! Jangan lupe RSVP kat Event Link diatas. Serang LAUTAN NENAS mereka juga yahuuuuuu!!! Jumpa sabtu ni disanaaaaaa!!!! saya akan hadir bersama NamiaCinta.com 🙂

G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.

The Laman New Version Marbled Chicken Chop RM27.00

Salmon Grilled Cheese + Seafood RM36.00

Ni pulak Salad ape nama dia aku lupe, harga dalam lingan belasan ringgit, tapi rase dia memang sedap. Dalam tu selain sayur2, ade jugak sikit isi ikan n ayam kalo tak silap aku :p Tak banyak makanan yang aku boleh cerita sebab kami makan berdua je so, makanan yang di order pun hanya untuk 2 orang jelah…

dan aku minum Pink Guava, tak ingat berapa harga. Tak kisah la berapa harga pun, sebab Pink uava dia pekat, bersari dan nikmat 🙂

Jumlah bil kami untuk 3 makanan dan 2 gelas air ni semua hampir RM100.00 aku tak ingat berapa, yg aku ingat, kami bayar RM100.00, baginya hanya beberapa keping wang RM1 sahaja hihihihi… ape pun tempat ni memang best, sesuai untuk romantik dinner kalo korang nak dating atau nak buat ape majlis kat sini. Mase kitorang makan sini, ade orang sambut besdei gak, semua staff restoran ni turut sama menyanyi lagu besdei dan berdiri ramai2 meraikan besdei girl yang dirai 🙂

Restoran ni milik Chef Zubir Masterchef tu. Aku tengok dia jalan2 dari satu meja ke satu meja tanya macam mana rasa makanan. Malah pinggan kat meja aku lepas kami makan tu, Chef Zubir sendiri yang angkat 🙂 Bukan aku rekemen restoran dia ni sebab dia dah angkat pinggan aku, tapi aku berani cakap Laman Grill ni lebih sedap dari Victoria Station, Windmill, The Ship… melampau tak compare? hahaha tapi lebih yakin kalo makan steak sedap chef melayu dari makan kat tempat2 yang sah2 guna wine kan? kehkehkeh…

Terletak di ground floor Subang Parade berhampiran stage. Terdapat beberapa buah kedai makan dan gerai2 jualan. Ala-ala food court, cume dia kecik, tak besar mcm food court kat shopping mall lain, tapi kat Market Place ni, korang boleh jumpa JM Beryani, Sisters, Siam Express, Bawang Merah, Capricciosa dan gerai2 jual makanan ringan, asam2… paling menarik perhatian sekali ialah kiosk Rozes Cupcakes. Cupcakes dia sedap 🙂

Kelantan Delights terletak di Ground Floor East Wing, Wisma Consplant 1, No 2 Jalan SS16/4, 47500 Subang Jaya betul-betul disebelah Subang Parade dan berhadapan dengan Empire Shopping Mall. Dekorasi restoran memang selesa. Ada bilik khas untuk 20-25 orang, ruangan restoran pun luas, dan boleh jugak makan kat luar. Outdoor decor pun sedap mata memandang. Sesuai dengan namanya, Kelantan Delights menyajikan masakan tradisi negeri Kelantan.

p/s : semua gambar makanan kredit kepada http://www.kelantandelights.com/ver1/main-subang.html