Archive for the ‘Rindu Giler’ Category

6 January Datang Lagi…

Posted: January 2, 2014 in Jiwa Luka!, Rindu Giler

6 January.
1990.
Saya dapat adik.
Adik bongsu. Lelaki. Comel.
Mak Abah gembira.
Saya gembira.
Semua gembira.

6 January.
2011.
Di hari ulangtahun adik bongsu yang ke 21.
Saya hilang anak saudara.
Cucu sulong. Lelaki. Comel.
Mak Abah menangis.
Saya menangis.
Semua menangis.

Tarikh ini.
Kini.
Setiap tahun.
Kami tak tahu.
Kami patut ketawa, gembira.
Atau menangis, berduka.

Sejujurnya.
Saya tak mampu bergembira.
Walaupun berkilau mana pun acara.
Saya tetap rindukan dia.
Cinta pertama saya.
Faris Isyraf,
Semoga cinta kita kekal abadi.

p/s : selamat tahun baru sayang Mama, Fazril Raqib. Semoga adik membesar dewasa. Matang seiring usia. #FR #day230

FR499

Panglimaku, sudahlah kita terpisah di dunia yang berbeza. Aku disini dan kau di alam sana. Kejamnya aku menjauhkan lagi kejauhan itu. Maafkan aku diatas kesunyian ini Panglimaku. Pusaramu semakin sepi. Lihatlah betapa kejamnya aku Panglimaku. Aku telah berdusta pada diri sendiri. Kononnya aku berjanji tak kan melupakan cinta kita, hanya dengan secebis doa ku kira dapat mendekatkan kita. Tapi lihatlah Panglimaku, sampainya hati aku selaku insan yang mengaku menyayangimu namun membiarkan pusaramu sebegini lesu. Maafkan aku Panglimaku. Percayalah aku kan kekal menyintaimu. Seumur hidupku.

Panglimaku,

15 bulan telah berlalu. Nak kate cepat, taklah cepat sangat sebab siksa merindui selama 15 bulan tu membuat masa lambat berjalan. Nak kata lambat sangat pun, rupanya 15 bulan panglimaku telah pergi. Panglimaku pergi pada usia 14 bulan. Membayangkan panglimaku kini agaknya dah pun sebesar Imran (yang baru saje sambut birthday yang ke 3 tahun pada 5 April lepas) pedih sungguh…

Keredhaan ini sesekali diuji dek rasa rindu. Ketabahan ini sesekali diduga dek airmata. Apa sangatlah keperitan seorang aku jika nak dibandingkan dengan ibu yang melahirkan. Rindu nak peluk, rindu nak cium, semuanya tak tergapai dek tangan.

Hanya doa penawar hati. Al-fatihah Muhammad Faris Isyraf. Salam Rindu…

Buah Hati Kami, Farisya Isyrin!

Posted: December 3, 2011 in Rindu Giler

Dia membesar dengan comel dan manja. Sedikit sebanyak macam abangnya. Tak sabar nak tunggu dia membesar. Sesekali memeluk dan memangku Isyrin, terasa macam memeluk abangnya yang gemuk dulu. Perbezaan mereka hanya pada jantina. Kasih sayang yang hadir terasa sama. Cuma adik berada di depan mata, tapi si abang hanya mampu dirindu setiap waktu.

si abang mungkin tahu betapa kami merindunya. si abang mungkin selalu nampak kehadiran kami di pusara. si abang mungkin tahu tentang doa-doa kami buatnya. si abang mungkin sedang melihat kami dari ‘sana’.

dan si adik juga akan tau nanti, bila dia mula belajar memahami, betapa kami bersyukur dengan kehadirannya sebagai ganti. betapa kami senang dengan kehadirannya yang kini menyeri hati. betapa kami menghasihinya seperti kami mengasihi si abang. si adik juga akan tahu nanti, dia ada seorang abang yang disenangi semua orang, dikenang selamanya dan sungguh menarik hati.

Kini si abang sudah dilahirkan semula. Itu sudah cukup buat kami.

Happy Birthday…? Panglimaku…

Posted: November 26, 2011 in Rindu Giler

hanya ini untuk mengingati Kenangan Ulangtahun Isyraf 2010. setiap kali ada anak kecil menyambut ulangtahun pertama, ia amat sensitif untuk kami sekeluarga. Kalau Isyraf ada, 31 oktober lepas, Isyraf berusia 2 tahun. tahun lepas, 2010 kami menyambutnya dengan sederhana. tapi kami sangat gembira. gembira melihat dia membesar dengan sihat dan gemuk. petah bercakap (dalam bahasa dia), cepat tumbuh gigi, dan dah pandai berjalan. kerap bermain piano dan berchatting serta webcam bersama tokwan.

hanya untuk 401 hari… 14 bulan bersama meninggalkan kenangan paling manis buat kami. hari ni Isyraf takde lagi, tapi kami cukup berbangga, kerana dia menjadi sebutan. dia pergi sebagai anak baik dan paling comel dihati kami.

Mereka sering tersasul menyebut Isyrin sebagai Isyraf. beberapa orang di majlis hari jadi Arissa bertanya, boy dengan Isyraf tak datang? aku jawab dengan selamba Isyrin masih berpantang. Airmuka mereka berubah, serba salah kerana tersalah sebut nama. Aku senyum sendiri. Kerana nama Isyraf masih meniti dibibir mereka, Isyraf segar dalam ingatan mereka. Kehadiran Isyrin bagaikan Isyraf yang dilahirkan semula.

Untuk panglimaku yang telah hilang, tak lagi pulang…¬†Salam Rindu, Panglimaku… Faris Isyraf…¬†this is for you…