Posts Tagged ‘paperbag goodies’

Happy Birthday, Adik!

Dah seminggu berlalu baru hari ni mama ada peluang nak cerita pasal birthday party adik minggu lepas. Firstly, dah tentulah mama nak panjatkan syukur yang tak terhingga sebab selepas 9 tahun usia perkahwinan mama dengan daddy, akhirnya Allah hadiahkan adik kat mama. Itupun pinjam, bukan bagi terus. Jadi, mama akan hargai dan curahkan semua kasih sayang dan keringat yg mama ada untuk kita sama2 nikmati rahmah Allah yang satu ni. Mama pun tak tau sama ada mama berpeluang dapat anak lagi ke tak selepas adik. tapi kalau cuma adik sorang je anak yg mama ada, mama masih tetap syukur. cukup bersyukur. sebab mama ada adik.

Ulangtahun kedua adik ni berbeza dengan tahun lepas sebab mama cuba DIY semua sendiri, dari design, printing, props semua mama cuba buat sendiri. berbeza dengan 1st Birthday adik tahun lepas, semua mama order je.

Tahun ni mama pilih tema Airplane sebab mama rase kalau adik nak jadi pilot pun ok jugak hahaha. So mama pun jemput la saudara mara terdekat kite untuk datang makan2. tahun ni mama pilih Bistro Qaseh Seksyen 13 Shah Alam sebab kat situ banyak lauk pauk untuk makan tengahari. Ade jugak restoran2 lain yang mama survey area shah alam ni tapi tak sebanyak lauk2 kat Qaseh Bistro. so tetamu kita akan makan apa saja yang diorang nak, makan la berapa round pun, makan la berapa banyak, berapa kali tambah pun takpe.

kad jemputan adik mama ambik dari google je, pastu ma ubah2 sikit. ma print out sikit untuk kenangan, kat saudara mara mama hantar melalui what’sapp je hehehe…

Invitation FR 160515Takde ape sangat yang mama deco pun sebab mama fikir, kita semua makan tak kan lama. mungkin 2 jam atau lebih sikit je. lagipun kita ada space untuk 20 pax je. dan restoran tu pun dah cantik dah, takyah deco2 sangat haha…

11151070_10152997447713198_3446824413042348465_nMula2 mama nak cari kain alas meja la konon2 nak deco macam kat hotel. tapi mama cari kain alas meja bidang 60 warna putih tak jumpa. 2-3 hari mama cari takde, mama kesuntukan masa, jadi mama fikir, takpelah, meja kayu kat Bistro Qaseh tu dah elok, restoran tu bukannya pakai meja mcm meja kedai mamak. So mama teruskan jugak susun2 goodies, alas placemat atas meja dengan daddy berdua. Adik tinggal kat rumah dengan maktok & tokwan sebab mama konon2 nak surprisekan adik hahaha…

2-3 bulan sebelum birthday adik mama dah berangan dah survey2 google2 tema, tengok2 design theme. akhirnya mama pilih Airplane Theme ni sebab berangan nak buat gambar airoplane nak tulis FAZRIL AIRLINES huhuhu!

11054864_10152997447048198_4478497359250857568_n11224816_10152997447198198_1866254886140228560_nmula2 mama design sticker dulu. mama ambik gambo airoplane tu dari google je, pastu mama framekan sendiri, tulis2 sendiri, tukar2 warna sikit sebab mama nak tema biru+merah.

11295762_10152997447083198_1540756507855903179_nlepas tu mama beli paperbag warna biru dan merah ni. Mama tampal je sticker yang mama dah print dan gunting tu. mama prepare 30 goodies je sebab tetamu kite pun 20 orang je. kalau ada orang nak tempah kat mama macam ni, mama akan jual satu paperbag with sticker macam ni RM4.

11235811_10152997447278198_7620547160819816535_nlepas tu mama dapat design mcm ni pulak. Mama tambah2 round fame sikit dan tulis2 ape yang mama nak.

11203082_10152997446988198_7910344401802253827_nlepas tu mama tampal kat moist choc cake kecik ni. Ramai orang cakap sedap. coklat melimpah ruah. moist cake dia pun memang moist sangat. kalau orang nak tempah ni mama jual RM1.50

11235811_10152997447393198_1929151363137934005_ndesign sticker yang ni pun sama jugak mcm yg dekat moist cake tu. sticker ni size 5cm. mama memang dah banyak ambik tempahan untuk roundsticker 5cm ni. untuk 100pcs mama charge RM30 je.

11167789_10152997447353198_6806364816805439688_nlepas tebuk guna puncher khas, mama tampal je kat mineral water comel tu. dekat straw dia pulak mama buat flag sendiri guna lebihan placemet paper. paper tu mahal sikit la sebab mama beli kat Daiso. segulung RM5.30 termasuk GST. segulung dapat 4pcs placemat je. tapi mama beli jugak bergulung2 sebab ade gambar aeroplane merah biru.

11260678_10152994862078198_8651651533143194735_nso placemat tu mama susun kat meja khas untuk setiap orang. setiap orang akan dapat mineral water, moist cake dan in-flight snack (peanut candy).

10408653_10152997446873198_7682309388558914602_nin-flight snack ni mama beli plastik tu kat daiso jugak. lepas tu mama buat sendiri label dia. label size kecik ni senang je 30pcs boleh sumbat dalam sekeping A4 sticker.

mhnzcndpntbrlypeanut candy ni mama beli kat mahnaz foods belakang rumah kita. imported from Dubai berharga RM21.60 sekilo. untuk 30 goodies mama perlukan 2 kilo je sebab setiap satu pack in-flight snack mama letak 4pcs peanut candy.

Mama hubungi orang yg buat kek adik tahun lepas, mama nak tempah kek kat dia lagi sebab redvelvet dia sedap dan lukisan buttercream dia kreatif sangat. jadi tahun ni mestilah mama nak kek aeroplane. tapi 4 hari sebelum majlis, orang tu call mama bgtau dia balik kg dan tak kan balik kl beberapa minggu sebab mak dia meninggal dunia di perlis.

mama cari solution lain tapi gagal. jadi mam pun order kek dengan kawan mama. dia buat kek memang sedap tapi dia takde la lukis2 buttercream atau buat kek bentuk kapal terbang. jadi mama terpaksa order kek dari dia, lepas tu ma cuba buat cake banner props sendiri.

11165334_10152997447493198_1622274416521378275_nni first time mama buat cake banner, sebelum ni mama pernah la ambik order cupcakes topper. cake banner ni mama jahit, ikat guna benang, balut lidi, ikat dan gantung.

11219111_10152997447648198_7903950641043464387_nmungkin tak cantik sangat la. asalkan ada aeroplane takpelah. mama pun tak berani nak ambik order untuk cake banner cantum2 mcm ni. mcm leceh hehehe…

11068345_10152994860998198_5281405845233457488_nso, ini saje yang mampu mama buat untuk adik. lebih jimat buat sendiri, berbeza dgn tahun lepas kos mencecah RM3000. tahun ni RM1000 pun tak sampai. mama takde beli hadiah apa2 untuk adik tahun ni, tapi mama bagi separuh dari gaji mama bulan May untuk adik simpan kat bank adik. mula2 ma nak belikan adik motor besar 750cc yg kite tengok tu. tapi rase mcm membazir sebab kereta ferrari adik tahun lepas pun adik tak main sangat. jadi lebih baik mama bagi duit mama kat adik untuk adik guna dimasa akan datang.

Mama akan usaha lagi untuk bahagiakan adik, bahagiakan kita sekeluarga. Selamat Ulangtahun yang ke-2 adik. Mama lupa hari tu pun birthday mama jugak. Mama excited sangat nak celebrate adik sampai lupa birthday kita sama.

tahun depan lagi special kan? adik 3 tahun, mama 33 tahun 🙂 tak sabarnya…

oh ye. mama nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi adik dan mama hadiah. yang tak datang pun ade kirim2 hadiah. kirim2 duit lagi banyak hehehe. terima kasih semua. walaupun  jemputan hanya sedara mara 20 orang je tapi meriah dan banyak hadiah. Adik la seronok. mama dah tak kisah dah. dah tua hahaha…