Posts Tagged ‘Pusat Latihan Percuma’

Selamat Pagi Malaysia!

Sejak jadi mak2 ni, ade jugak memikirkan tentang mase depan anak (walaupun anak baru 3 tahun). Mula2 google pasal tadika je, last2 jumpe satu program ni macam menarik pulak.

Untuk lepasan SPM yang tak berapa nak cemerlang sangat (maaf), yang tak dapat masuk university (maaf), yang gagal SPM (maaf). Rupenye masih ade PELUANG besar untuk mereka. Ermmm.. menarik!

Di SHRDC (Selangor Human Resource Development Centre), mereka mengaturkan temuduga dengan syarikat2 Engineering/Manufacturing (kilang) untuk mencari bakat2 baru (Technician & Engineer).

Apa yang faham lah ye, peserta (lepasan SPM) ni akan ditemuduga oleh syarikat yang SHRDC aturkan (SHRDC yang cari company, peserta datang interview je bawak diri dan bawak sijil SPM sekali ye) macam nak interview keje betl2 tu la. bawak la Sijil2, Resume, buat salinan, dan berpakaian kemas. Ala kalau sebut INTERVIEW je tau lah kan? mana ada orang pakai slipar jepun lol.

Selepas diterima, peserta boleh terus mulakan latihan TANPA sebarang pembayaran YURAN kerana 100% memang PERCUMA. kenapa percuma eh? Sebab segala kos dan yuran ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan. Kalau nak tengok macam mana flow dia dari pendaftaran, sesi pemilihan, kemasukkan dan penempatan jawatan tetap, persijilan semua lengkap, boleh check kat sini. Lepas baca2 semua, kalau fikiran anda sama macam saya yang merasakan program ni bagus sangat2 untuk mereka2 yang memerlukan pelang kedua, boleh klik sini Daftar Online SHRDC

Kalau tak diterima, SHRDC akan aturkan lagi temuduga dengan company2 lain pulak. Bermakna setiap orang ada peluang kedua ketiga keempat kelima kesembilan belas la hahaha… siap dapat gaji masa latihan dari syarikat tajaan & dapat elaun dari kerajaan pulak tu.

Sama jugak kisahnya dengan Graduan2 yang MENGANGGUR ni, terutama yang background ENGINEERING ni semua, boleh jugak memohon untuk join program ni, ada banyak senarai syarikat best2 dalam list SHRDC yang akan interview peserta. Datang dan cuba nasib je. Yang penting, PERCUMA, dapat tambah ilmu, dapat peluang kerja terus, dapat sijil tambahan (Sijil Kemahiran Malaysia), yang penting dapat peluang kedua dalam hidup selepas tak dapat masuk university atau tak dapat kerja selepas grad.

WTTP

1 September ni ada OPEN DAY untuk semua peserta yang lepasan SPM, DIPLOMA dan DEGREE. datang je daftarkan diri, cari peluang, cuba nasib. Kalau bukan untuk anda, mungkin untuk anak2 jiran, kawan2, sedara mara, anak sedara. manelah tau rezeki diorang.  Daftar Online SHRDC disini.

Semoga bermanfaat & Semoga berjaya!

 

Advertisements