I miss you guys!

Posted: August 18, 2020 in Ade Aku Kesah?

Selepas beberapa tahun meninggalkan blog, (kerana sibuk dengan copywriting perniagaan), saya sedar bahawa sebenarnya saya memang suka menulis.

Tak kira bidang mana pun saya susuri, menulis tetap kegemaran saya. Hari ini, saya kembali mendapatkan semula password blog ini dan saya kini telah kembali kepangkuan kalian #tiber hehehehe…

KEMANA MENGHILANG?

Saya mula sibuk menjalankan perniagaan kecil sambil bekerja di pejabat sekitar 2017-2018. Jadual kehidupan saya sangat padat kerana saya bekerja tetap dari jam 8am hingga 5pm. Menjalankan sedikit perniagaan online secara kecilan dan berkejar ke pejabat post, lalu mengambil Adam di taska setiap petang.

Suatu hari, pada awal tahun 2018 saya give up, beli stock tak habis jual, duit simpanan habis, malah duit gaji pula terpaksa saya guna untuk rolling bisnes dan bayar hutang 🤦🏻‍♀️

Sehinggalah saya diperkenalkan oleh kawan saya tentang satu perniagaan tanpa modal. Sebenarnya bukan diperkenalkan sangat, tapi saya selalu nampak kejayaan demi kejayaan yang dia kecapi di facebook. Namun saya anggap itu scam dan sekadar lakonan. Biasalah MLM, pura-pura tunjuk kaya dan berjaya.

Tapi sebab dia kawan saya, saya kenal dia dan saya tahu dulu gaji dia berapa, sekarang dia pakai kereta apa, beli rumah baru dan melancong bercuti keluar negara, bermakna itu bukan scam. Itu memang kawan saya yang saya kenal dulu.

Jadi daripada saya bodoh sombong lama sangat, saya cepat-cepat hubungi dia dan bertanya.

Dipendekkan cerita, hampir 2 tahun saya dalam bisnes yang sama. Saya telah pun setahun berhenti kerja setelah income bisnes saya melebihi gaji kerja. Jadi saya dengan senang hati meletakkan jawatan dan mula berkhidmat kepada mak dan abah.

Saya mula menjalani rutin sebagai surirumah, hantar Adam kesekolah, masak dan bekalkan Adam dengan masakan saya seperti yang saya angankan masa Adam kecil dulu.

Alhamdulillah, saya dapat hantar mak abah ke klinik dan hospital menjalani pemeriksaan bulanan tanpa perlu runsing pasal kerja dan nak mohon cuti.

Cukup bulan dapat komisyen, gaji masuk. Alhamdulillah.

Di lain entry, saya akan ceritakan tentang bisnes tanpa modal saya.

Saya baru saja menerima reward sabtu lepas, Saya merupakan Perth Achiever Dalam company yang dipelopori ramai young entrepreneur yang berjaya.

Walaupun saya bermula lambat, saya harap saya dapat membahagiakan keluarga dengan pelbagai kejayaan.

Doakan saya!

Leave a comment